Mungkin ramai yang tidak gemarkan untuk singgah ke laman GMail selalu untuk melihat sebarang mesej atau emel yang baru. Untuk memudahkan perkara tersebut, anda boleh memasang aplikasi notifikasi desktop GMail, dimana melaluinya, ianya akan memperlihatkan mesej dan emel baru dalam bentuk popup pada desktop anda.
Buat masa ini, sekiranya anda merupakan pengguna Google Chrome, anda boleh menggunakan fungsi notifikasi ini yang dijana menggunakan HTML5, dan boleh mengaktifkannya secara terus melalui laman GMail terus.
- Log masuk ke akaun GMail anda seperti biasa.
- Pergi ke laman tetapan GMail.
- Pilih “Desktop Notifications”.
- Aktifkan dan pilih samaada hanya untuk Priority Inbox ataupun kesemua emel
Seterusnya, anda sudah boleh mengikuti kesemua emel terus daripada desktop anda, tanpa perlu ke laman GMail lagi. Anda juga boleh mengikuti sembang GTalk dengan mudah, dan tidak terlepas sebarang komunikasi lagi seperti sebelumnya.
Selain daripada ini, anda juga boleh mengikuti emel-emel terkini GMail dengan memasang GMail Notifier.
Sumber
Untuk facebook, blogger & YM xde ke?aku nak sangat benda cmni.
ak xtau ur xlaws...ak tnye tuan yg wat...xde jwpn...